Home » Langit Terbuka » Yapeim buka cawangan Ar-Rahnu di Jakarta

Yapeim buka cawangan Ar-Rahnu di Jakarta

Yapeim merancang untuk membuka lima cawangan Ar-Rahnu di Jakarta, Indonesia.

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merancang untuk membuka lima cawangan yang menawarkan perkhidmatan mikrokredit Ar-Rahnu di Jakarta, Indonesia pada April ini.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, usaha itu bertepatan dengan kehendak pasaran semasa yang menyaksikan permintaan pelanggan terhadap emas terus kukuh sambil dipacu oleh harga kompetitif.

“Yapeim yakin perkhidmatan yang disediakan ini akan berkembang dan seterusnya memberi pulangan positif kepada keuntungan yayasan,” katanya ketika berucap dalam majlis apresiasi YaPEIM Bersama Media 2018 di sini malam ini.

Majlis dianjurkan bagi meraikan dan menghargai peranan media itu dihadiri kira-kira 100 pengamal media cetak dan elektronik tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Yapeim juga merancang untuk meneroka beberapa lagi cabang perniagaan baharu termasuk sektor perhotelan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *