Home » Langit Terbuka » Yapeim edar 300 daging segar sempena Program Foodbank 1.0

Yapeim edar 300 daging segar sempena Program Foodbank 1.0

264 lokasi pengagihan Foodbank melibatkan makanan kering, sedia dimakan dan daging segar dilaksanakan di seluruh negara oleh Yapeim. - Foto Yapeim

SUNGAI BESI – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menyerahkan bantuan daging lembu segar kepada 300 penerima sempena Program Foodbank 1.0 di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini baru baru ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, peruntukan sebanyak RM4 juta digunakan untuk melaksanakan program tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, inisiatif itu sebagai melestarikan aktiviti amal jariah dan kebajikan bagi mengurangkan beban golongan memerlukan.

“Sehingga kini, 264 lokasi pengagihan Foodbank melibatkan makanan kering, sedia dimakan dan daging segar dilaksanakan di seluruh negara membabitkan manfaat kepada 254,337 penerima.

“Program ini bukan sahaja menyediakan bantuan keperluan asas iaitu makanan dan barang keperluan tetapi membantu usahawan sebagai pembekal (kepada program ini),” katanya.

Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mohd Daud berkata, penerima bantuan Foodbank terdiri golongan B40, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan mangsa bencana.

“Semoga usaha berterusan disusuli istiqamah dapat saling membantu memakmurkan kehidupan rakyat khususnya golongan B40 yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna,” katanya.- Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *