Home » Langit Terbuka » YaPEIM peruntuk RM2.3 juta bantu anak yatim dan miskin

YaPEIM peruntuk RM2.3 juta bantu anak yatim dan miskin

KETUA Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin (tiga dari Kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada Program Inspirasi Ramadan YaPEIM, Peringkat Negeri Melaka di Masjid Al-Ghaffar, Jasin. - Foto BERITA HARIAN

JASIN: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM2.3 juta bagi membantu 22,400 penerima dalam kalangan anak yatim dan miskin di seluruh negara sepanjang Ramadan.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Abibullah Samsudin, berkata jumlah itu meningkat RM1 juta, berbanding RM2.2 juta dan 22,320 penerima pada tahun lalu.

“Untuk itu, kita bergerak ke semua 14 negeri bagi menyalur sumbangan kepada mereka yang memerlukan dengan setiap penerima menerima wang tunai RM100 dan barangan keperluan.

“Di Melaka, seramai 1,500 penerima dengan 1,000 daripadanya terdiri daripada anak yatim dan miskin menerima bantuan berjumlah RM120,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan itu pada program Inspirasi Ramadan YaPEIM peringkat negeri di Masjid Al-Ghaffar di sini, semalam.

YaPIEM yang beroperasi sejak tahun 1984 sehingga kini mengeluarkan peruntukan RM545 juta untuk melaksanakan program berkenaan.

Abibullah berkata, program Inspirasi Ramadan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga pada musim perayaan, terutama jika mempunyai ramai anak.

“Tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah program tahunan YaPEIM dalam berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, apatah lagi kita disarankan memperbanyakkan amalan bersedekah pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk terus menyertai skim amal jariah YaPIEM menerusi potongan gaji bagi membantu golongan yang memerlukan. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *