Home » Citra Yadim » Ziarah Asnaf di Kampung Kajang Sebidang

Ziarah Asnaf di Kampung Kajang Sebidang

TUMPAT – Meskipun tidak jelas terucap, namun dari tutur bahasa dan riak wajah, jelas mereka amat terharu dengan sumbangan yang diterima.

Begitu ceria reaksi mereka apabila diajak berbicara. Tidak putus putus bercerita dengan rombongan tetamu yang hadir.

Dengan kedudukan kediaman yang terpencil dan jauh dari jalan utama kampung, mereka tidak menyangka ada yang mahu datang menziarahi, apatah lagi menyampaikan sumbangan.

Namun pada 1 Februari, YADIM Negeri Kelantan telah berkunjung menyantuni keluarga En Marzuki Loke Chai di Kampung Kajang Sebidang di Tumpat. En Marzuki tinggal di rumah usang bersama isteri dan dua anaknya. Beliau juga menjaga ibunya yang diserang angin ahmar.

Sumbangan berupa bekalan makanan asas, lampin pakai buang dan tilam diserahkan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kajang Sebidang, En Mohamad Raduan Mohammad.

Rakan strategik YADIM Kelantan, Bank Islam cawangan Wakaf Baru yang hadir sama juga membantu dengan menyumbang susu keperluan khas untuk ibu En Marzuki.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk keluarga ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *