Home » Citra Yadim » Ziarah kasih ke Labohan Dagang

Ziarah kasih ke Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat terus menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan.

Pengerusinya Hasmawi Mahidin bersama seorang Ahli Jawatankuasanya telah berkunjung ke kampung ini menziarahi Aziz Mokhtar yang menghadapi masalah kesihatan. Difahamkan urat sarafnya lemah menyebabkan beliau terpaksa bergerak menggunakan tongkat.

Dalam kunjungan itu, Sukarelawan YADIM Kuala Langat menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian.

Dalam pada itu, pasukan ini juga mengunjungi Siti Mariam yang sakit terlantar akibat angin ahmar di sini.

Kali ini mereka menghulurkan bantuan lampin pakai buang serta barangan dapur dan sedikit wang tunai.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *