Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih Klien AADK di DUN Semerak

Ziarah Kasih Klien AADK di DUN Semerak

PASIR PUTEH – Mendekati golongan yang berusaha memulihkan dan menjauhkan diri daripada najis dadah adalah salah satu elemen penting dalam pemulihan mereka.

Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 6 April telah menziarahi tiga klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Dewan Undangan Negeri Semerak di sini.

Program ini dijayakan dengan kerjasama AADK Pasir Puteh, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, PEMADAM Negeri Kelantan dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak

Selain menziarahi mereka, sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai turut disampaikan kepada mereka.

Turun padang dalam kunjungan ini ialah ADUN Semerak Yang Berhormat Wan Hassan Wan Ibrahim, Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang, Setiausaha Kehormat PEMADAM Kelantan, Mohd Imran Mansoor, Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Kamarulzaman Ab Wahab dan Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain.

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *