Home » YADIM MADANI » Ziarah Kasih Madani sempena Ramadan

Ziarah Kasih Madani sempena Ramadan

YADIM Peduli : Ziarah Kasih Madani sempena Ramadan berlangsung pada 23 Mac di Felda Lingui, Kota Tinggi.
Bermula pada sebelah pagi dengan gotong royong memasak bubur lambuk oleh para belia Majlis Belia Felda Lingui yang juga merupakan Sukarelawan YADIM, program ini ialah anjuran YADIM Johor dan Persatuan Belia Majlis Belia Felda Lingui, Kota Tinggi.
Selepas Asar, edaran 300 pek bubur lambuk kepada penduduk kampung diadakan sebelum ziarah kasih Madani sempena Ramadan kepada 10 peneroka generasi kedua yang dilanda musibah.
YADIM menyumbang set Bakul Madani kepada setiap keluarga manakala Majlis Belia menyumbang sumbangan tunai.
Mereka yang diziarahi adalah golongan yang dilanda musibah dan kini tidak mampu lagi bekerja. Program ini merupakan program pertama bersama Majlis Belia Felda Lingui sebagai rakan strategik baharu YADIM Johor.
Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah telah hadir bersama Pengerusi Persatuan Belia Majlis Belia Felda Lingui, Encik Azanezuan Abu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *