Home » Citra Yadim » Ziarah Mahabbah Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Temuan

Ziarah Mahabbah Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Temuan

PORT DICKSON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan sekali lagi bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan MyFundAction, Sukarelawan Al Baasith dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini.
Terbaharu pada 30 Mac, mereka bekerjasama menyantuni seramai 50 keluarga orang asli dari suku Temuan di sini.
Mereka berpeluang berkunjung sendiri ke rumah rumah orang asli yang dikenal pasti dan menyampaikan sumbangan kit makanan, kit rezeki dan kit kesihatan kepada mereka.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairuddin dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Dakwah JHEAINS Port Dickson, Mohd Syafiq Dolah.
Batin Omar Gomeng, Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Port Dickson mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan kepada penduduk kampungnya.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *