Home » Citra Yadim » Ziarah Mahabbah YADIM – PERKIM Bersama Banduan Penjara Sungai Buloh

Ziarah Mahabbah YADIM – PERKIM Bersama Banduan Penjara Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Majlis Ziarah Mahabbah Syawal YADIM-PERKIM Bersama Banduan Penjara Sungai Buloh di sini telah diadakan pada 18 Mei. Ia adalah anjuran bersama PERKIM cawangan Datuk Keramat, Daie Komuniti YADIM dan Penjara Sungai Buloh.

Seramai 28 orang telah hadir ke program ini termasuk Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Komuniti YADIM, Encik Nuuh Muhamad Idris, Daie Komuniti YADIM dan Ahli Jawatankuasa PERKIM.

Turut hadir ialah kira kira seramai 100 penghuni penjara berekenaan.

Antara pengisian program ialah Majlis Taaruf dan taklimat ringkas bersama pegawai Penjara Sungai Buloh, ucapan dari wakil dari Pengerusi AJK Daie Komuniti, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dan Penolong Penguasa Sirajuddin Abd Majid yang mewakili Pengarah Penjara Sungai Buloh, sesi Tazkirah Syawal bersama Daie Komuniti, Al Fadhil Ustaz Suridzal Abdul Rahim, dan seterusnya Slot Halaqah bersama banduan.

Majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati dari pihak YADIM dan PERKIM kepada Penjara Sungai Buloh diikuti dengan sesi bergambar dan jamuan.

Majlis Mahabbah Syawal YADIM-PERKIM bersama Banduan Penjara Sungai Buloh diakhiri dengan solat fardhu Zohor berjemaah bersama penghuni dan seterusnya bersurai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *