Home » Citra Yadim » Ziarah Muhibbah Keluaga Malaysia YADIM Terengganu

Ziarah Muhibbah Keluaga Malaysia YADIM Terengganu

DUNGUN – Lebih 100 warga emas dan golongan Not Yet Muslim di daerah ini menerima manfaat menerusi program Ziarah Muhibah Keluarga Malaysia anjuran YADIM Terengganu pada 11 Februari.

Program sempena Tahun Baru Cina baru baru ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Dungun, Kawasan Rukun Tetangga setempat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.

Lokasi pertama program ialah di Rumah Ehsan Al Mukhtafi Billah Shah di sini apabila seramai 100 warga emas daripada pelbagai latarbelakang di santuni.

Selesai di lokasi pertama, YADIM Terengganu dan rakan rakan peserta program kemudiannya menyantuni empat orang warga Not Yet Muslim di Rumah Warga Emas Kuala Dungun pula.

Kesemua yang disantuni menerima sumbangan angpau, makanan, lampin pakai buang dewasa, buah limau dan kain batik serta kain pelikat.

Pengarah YADIM Terengganu,  Saia Ustaz Nasrul Hadi din turun padang dalam program ini bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, Pegawai Perpaduan Daerah Dungun, Tengku Mazilawati Tengku Mohamad, Pembantu Kebajikan Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun, Rosdi Hitam serta  wakil wakil daripada empat Kawasan Rukun Tetangga.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *