Home » Citra Yadim » Ziarah prihatin ke kampung Orang Asli

Ziarah prihatin ke kampung Orang Asli

KOTA BHARU 30 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin Sukarelawan Al-Falah Yadim-KPTM pada 24 hingga 25 Ogos lalu bertempat di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Gua Musang.

Pengurus Eksekutif Yadim Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu adalah inisiatif Yadim cawangan Kelantan untuk menyebarkan dakwah di kawasan pedalaman khususnya melibatkan penduduk Orang Asli.

“Melalui program ini, Yadim berharap dapat menjalinkan keakraban hubungan antara Yadim dengan masyarakat setempat melalui aktiviti turun padang serta mewujudkan semangat kesukarelaan di kalangan para peserta melalui aktiviti ziarah.

“Secara tidak langsung program seperti ini juga dapat menyuburkan usahasama Yadim dengan agensi-agensi, selain menyebarkan dakwah kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman,’’ jelasnya.

Beliau berkata, program dua hari itu telah diadakan di dua buah perkampungan Orang Asli Gua Musang iaitu Kampung Pos Brooke dan Kampung Jerdip yang melibatkan 250 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Sepanjang dua hari program itu diadakan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti tazkirah, kuiz ibadah, ziarah ke rumah penduduk yang sakit dan jamuan makan.

Di samping itu, Yadim juga menyampaikan bantuan beras kepada 35 penduduk Kampung Pos Brooke dan 44 penduduk Kampung Jerdip.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Yadim Kelantan, Amir Ghani berkata, program berkenaan telah memberikan pengalaman baru kepada sukarelawan yang terbabit kerana penyampaian dakwah kepada Orang Asli adalah amat berbeza daripada kelompok lain.

“Mendampingi Orang Asli memerlukan method dakwah yang berbeza dengn mad’u biasa di luar sana sama ada yang sudah beragama Islam atau belum kerana mereka mempunyai sifat malu yang tinggi apabila orang luar datang ke kampung mereka.

“Jadi salah satu metod yang boleh digunakan ialah dengan membuat pertandingan dalam bentuk kuiz dengan setiap soalan yang dijawab dengn betul akan diberi hadiah. Soalan yang kita boleh terapkan adalah berkaitan Bab Fardhu Ain seperti solat, puasa dan sebagainya,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *