Home » Citra Yadim » Ziarah saudara baru Pulau Carey

Ziarah saudara baru Pulau Carey

KUALA LANGAT – Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus bergiat aktif menjalankan gerak kerja dakwah mereka apabila terbaharu, menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Judah, Pulau Carey di sini.

Dua puluh lima anggota SAR Kuala Langat menyertai program ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada komuniti Orang Asli di pulau ini, yang diadakan pada 28 Julai lalu. Ia mendapat sambutan sangat baik apabila seramai 120 orang penduduk kampung berkenaan menyertai program ini.

Ketua SAR Kuala Langat, Hasmawi Mahidin berkata, program bakti itu diadakan di Pulau Carey kerana terdapat komuniti mualaf Orang Asli yang ramai, selain kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin.

“Kita kenal pasti mereka menerusi maklumat daripada pusat zakat dan badan kebajikan,”.

“Selain ziarah rumah ke rumah dan sampaikan sumbangan kepada lima keluarga terpilih, turut diadakan ialah ceramah motivasi kepada masyarakat di sini yang disampaikan oleh pegawai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

“Bagi menceriakan kanak kanak, kami turut adakan cabutan bertuah, serta acara mewarna untuk mereka,”katanya.

SAR Kuala Langat bersama pegawai YADIM dan penduduk Kampung Judah turut membersihkan persekitaran dewan tempat ceramah motivasi diadakan.

Hasmawi dalam ucapan aluannya ketika program, merakamkan penghargaan kepada pegawai Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM yang kerap turun padang menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *