Home » Citra Yadim » Ziarah Sinar Syawal untuk mangsa ribut

Ziarah Sinar Syawal untuk mangsa ribut

KEBUN BHARU – Pada 1 Ramadhan lalu, ketika umat Islam sedang melakukan persiapan untuk berbuka puasa, satu kejadian ribut telah menimpa penduduk di kampung ini.

Kejadian tersebut mengakibatkan pelbagai kerosakan berlaku ke atas kediaman dan beberapa premis perniagaan di kampung ini.

Ia akhirnya mengakibatkan kerugian besar dan memberi kesan kepada penduduk, lebih lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan.

Prihatin dengan nasib mangsa mangsa kejadian, lebih lebih lagi dari kalangan asnaf dan golongan B40, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah turun padang menyantuni mereka pada 22 Mei.

Seramai lapan orang asnaf yang telah dikenal pasti, menerima sumbangan wang tunai dalam satu majlis ringkas di Surau Nurul Sham, Jalan Merbuk di sini.

YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Abdul Qaiyum Aris. Hadir sama ialah Pengerusi SAR Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Pengerusi Surau Nurul Sham, Yahya Samit. Surau Nurul Sham turut menyumbangkan sedikit barangan keperluan kepada mangsa yang hadir hari ini.

Selesai acara di surau, ahli ahli SAR dan kakitangan YADIM kemudiannya meawat ke dua buah kediaman mangsa ribut yang menerima bantuan di sini.

Mangsa mangsa yang ditemui mengucapkan terima kasih atas sumbangan YADIM yang sedikit sebanyak dapat memberi sedikit keceriaan pada mereka menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *