Bekas gangster lawat Mufti Wilayah Persekutuan

SHAH ALAM 25 Mei – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini menerima kunjungan daripada bekas gangster Australia di pejabatnya. Berkongsi di laman Facebooknya, Zulkifli berkata, banyak perkongsian yang beliau dapat dalam pertemuan itu. “Ahlan wa sahlan (selamat datang) kami ucapkan kepada Abdul Salam, 42, (Vince Focarelli), bekas gangster di Australia yang […]

Zakat: 1.2 juta umat Islam di Selangor tak tunai kewajipan

SUBANG JAYA, 25 Mei – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendedahkan, kira-kira 1.2 juta umat Islam di Selangor yang layak mengeluarkan zakat tidak menunaikan kewajipan itu. Ketua Pegawai LZS, Hussin Mohd Ali berkata, kajian dalaman dibuat pihaknya mendapati majoriti daripadanya dikenal pasti berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. Hasil kajian itu juga, pihaknya mendapati mereka yang […]

DAESH: `Jangan biar nasi jadi bubur’ – KPN

KUALA LUMPUR 26 Mei – Tindakan mencegah elemen keganasan atau militan di negara ini adalah langkah paling tepat yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung kemungkinan sebarang serangan. Justeru masyarakat di negara ini disaran untuk tidak mempertikaikan inisiatif awal oleh Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, menerusi tangkapan terhadap sebarang elemen […]

PPIM perkenal Klinik Basmi Muflis

KUALA LUMPUR 25 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memperkenalkan Klinik Basmi Muflis dalam usaha membantu mereka yang diisytiharkan muflis. Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, klinik yang terletak di pejabat PPIM di Kuala Lumpur itu menyediakan semua bentuk bantuan yang diperlukan oleh golongan tersebut yang berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan. […]

Musibah akhir zaman?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata: “Adakah kita  tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita? Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam […]

Dua lelaki gay disebat 83 kali

ACEH, 24 Mei – Dua lelaki dihukum sebat di khalayak ramai semalam selepas didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis. Pasangan berusia  20 dan 23 tahun itu  disebat sebanyak 83 kali atas kesalahan melanggar undang-undang syariah di wilayah Aceh. Mereka ditangkap melakukan hubungan terlarang itu di sebuah kampung penduduk, melalui aduan orang ramai. Mereka dibawa menaiki […]

Jemaah umrah diberi layanan terbaik sepanjang Ramadan

MEKAH 24 Mei – Arab Saudi memberi jaminan mereka akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah ketika menjalankan ibadah umrah dan pelawat ke Masjidil Haram kelak. Lapor portal Arab News, jaminan itu disuarakan oleh Gabenor Mekah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat, Putera Khaled Al-Faisal ketika menghadiri mesyuarat bersama Naib Gabenornya, Putera Bandar Abdullah bagi membincangkan […]

Amaran tahap ‘kritikal’

Britain tidak tolak berlaku serangan baharu pengganas MANCHESTER 24 Mei – Perdana Menteri Britain, Theresa May memberi amaran bahawa negara ini bakal berdepan lagi dengan serangan kumpulan pengganas dan mele­takkan tahap amaran keselamatan sebagai ‘kritikal’. Sehubungan itu, beliau berkata, anggota tentera akan ditempatkan di lokasi-lokasi awam utama dengan dibantu oleh pasukan polis bersenjata bagi melindungi […]

Filipina larang gantung tasbih, ikon agama dalam kereta

MANILA, 24 Mei – Kerajaan Filipina melarang rakyatnya menggantung tasbih atau patung agama lain di atas papan muka kereta. Larangan itu akan berkuatkuasa Jumaat ini atas alasan keselamatan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang baru yang bertujuan mengelak pemandu teralih tumpuan ketika memandu. Pengharaman lain termasuk bercakap atau menghantar mesej menerusi telefon bimbit, bermekap, makan atau […]

Imej Salman Abedi beli beg sandang berjaya dirakam

LONDON 25 Mei – Imej pengebom nekad di Manchester Arena, Salman Abedi bersama sebuah beg sandang dipercayai baharu dibelinya berjaya dirakam kamera keselamatan di pusat beli-belah Arndale, pada Jumaat lalu. Sky News dalam laporannya berkata, polis percaya Salman mengeluarkan wang AS$324 (RM1,390) daripada mesin juruwang automatik (ATM) untuk membeli-belah, iaitu tiga hari sebelum meletupkan bom […]