Home » Langit Terbuka » Filipina larang gantung tasbih, ikon agama dalam kereta

Filipina larang gantung tasbih, ikon agama dalam kereta

MANILA, 24 Mei – Kerajaan Filipina melarang rakyatnya menggantung tasbih atau patung agama lain di atas papan muka kereta.

Larangan itu akan berkuatkuasa Jumaat ini atas alasan keselamatan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang baru yang bertujuan mengelak pemandu teralih tumpuan ketika memandu.

Pengharaman lain termasuk bercakap atau menghantar mesej menerusi telefon bimbit, bermekap, makan atau minum ketika memandu

Jurucakap pihak berkuasa pengangkutan, Aileen Lizada berkata, pengharaman ikon agama yang biasa tergantung pada cermin pandang belakang teksi dan bas mini, dikenali sebagai jeepney paling banyak mencetuskan kontroversi.

Kira-kira 80 peratus daripada 100 juta rakyat Filipina beragama Katolik memberitahu menggantung ikon agama adalah cara untuk mereka mendapatkan perlindungan ketika memandu. –Agensi

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *