Home » Langit Terbuka » Imej Salman Abedi beli beg sandang berjaya dirakam

Imej Salman Abedi beli beg sandang berjaya dirakam

LONDON 25 Mei – Imej pengebom nekad di Manchester Arena, Salman Abedi bersama sebuah beg sandang dipercayai baharu dibelinya berjaya dirakam kamera keselamatan di pusat beli-belah Arndale, pada Jumaat lalu.

Sky News dalam laporannya berkata, polis percaya Salman mengeluarkan wang AS$324 (RM1,390) daripada mesin juruwang automatik (ATM) untuk membeli-belah, iaitu tiga hari sebelum meletupkan bom yang membunuh 22 mangsa di lokasi konsert di Manchester.

Menurut Sky News, imej kualiti rendah yang diperoleh daripada televisyen litar tertutup itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai oleh pihak polis adalah Salman. Lelaki itu dirakamkan berpakaian hitam dan membawa beg sandang hitam dengan bahagian dalamnya berwarna biru terang.

“Tanda harga yang dilihat pada beg sandang itu menunjukkan ia baharu sahaja dibeli,” kata Sky News.

Sebelum itu, New York Times menyiarkan gambar dipercayai diambil daripada siasatan, yang menunjukkan bahan bukti berwarna biru yang dikatakan diambil daripada beg jenama Karrimor yang dibawa oleh Salman. Reuters

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *