Home » Persuasif » Catatan seorang Felo Muda Dakwah

Catatan seorang Felo Muda Dakwah

BERDAKWAH memerlukan pengorbanan. Itulah yang dirasai oleh seorang Felo Muda Dakwah, Mohd Arif Afifi Mohamad Sukri. Beliau mencatatkan bingkisan di dalam laman sosial Facebooknya mengenai lawatan dan program yang diadakan di perkampungan Orang Asli di Kampung Rual, Jeli, Kelantan.

Daripada tulisannya, FMD Arif ini amat kagum dengan pengalaman Islam oleh penduduk Orang Asli berkenaan yang secara tidak langsung menggambarkan pengorbanan pendakwah sebelum ini meredah hutan untuk berdakwah. Sememangnya mereka adalah `hero dalam Islam’ kata Arif atau `wira yang tidak didendang’. Ikuti tulisan beliau yang bertajuk `Orang Asli, Hero Dan Islam’.

“Perjalanan hampir 3 jam dari Kota Bharu menemukan kami dengan sebuah perkampungan orang asli di Kg Rual, Jeli Kelantan.

Kau tahu kawan. Awal-awal jejak kaki di kampung ini rasa kagum itu hadir. Mana tidaknya bila dapat tengok pengamalan Agama Islam sudah terzahir di sana.

Rasa kagum dan terharu dengan usaha-usaha para pendakwah kita yang lebih awal sampai di sana berbanding pasukan kami. Nak keluar air mata jantan abang ni. Huhu. Rasa jauh, dan entah apa sahaja usaha dakwah yang telah abang lakukan selama ini.

Di sana kami cuba dengar sedikit sebanyak bacaan solat dan menyemak asas-asas fardhu ain dari anak-anak orang asli dan penduduknya.

Bila kami uji, tahu-tahu dah ada yang boleh mengucap, tahu rukun wudhuk bahkan ada yang dah boleh hafal doa-doa harian dengan baik.

Ya, walaupun bacaan mereka tidaklah seindah lahjah arab yang betul, namun ini adalah satu rahmat untuk agama dan berita gembira untuk para pendakwah yang telah berjaya dengan tugas dakwahnya.

Namun. Dalam kesyukuran kita dengan situasi positif ini, ada beberapa hal yang perlu kau tahu. Mereka masih baru dengan Islam dan masih bertatih-tatih dengan agama ini. Boleh sahaja mereka kembali kepada agama asalnya atau beralih agama.

Semestinya masih banyak program-program agama harus digiatkan dan terus diaktifkan. Tidak boleh Islam itu datang sekali tapi tidak berterusan dipantau dan dipraktikkan.

Tentang agama satu hal. Tentang pendidikan dan kesihatan lagilah. Bila kau tengok, para doktor dan jururawat di sana, sangat bersungguh dan sabar dengan tugasan mereka. Tak kira waktu, tak kira penat. Khidmat mereka terus dikerah untuk penduduk orang asli di sana.

Kau faham sendiri. Siapa yang mahu untuk berasa jauh dari keluarga, asing dengan suasana bandar, dan dengan prasana yang serba kekurangan. Tapi inilah perjuangan mereka.

Abang ada sembang dengan seorang staf disitu, katanya walau kami tidaklah menyumbang kepada pengislaman mereka di sini, tetapi kami harap bakti kami di sini adalah sebahagian daripada perjuangan untuk umat Islam di negara ini. Ya, mereka saudara seakidah dengan kita walau berbeza warna dan bangsa.

Kawan. Tujuan abang tulis ni bukan apa. Cuma nak kau tahu betapa di luar sana masih ada hero-hero agama yang tidak didendang terus menebar manfaat dan khidmat sepenuh tenaga untuk agama ini.

Mereka ikhlas dan gembira dan tak pernah mengeluh dengan amanah itu. Pada abang, kau ustaz, doktor, petani atau apa sahaja bidang yang diceburi selagi ada khidmat untuk umat, kau semua layak digelar pejuang agama. Pejuang yang sudi membantu dengan kelebihan yang ada demi untuk agama.

Baik. Panjang pula kisah ini. Abang nak bagitahu, ini adalah sebahagian foto bersama anak-anak orang asli semasa kami berprogram di sana.

Diorang cakap muka abang ada iras-iras Adi Putra. Itu yang beriya-iya nak selfie. Malu-malu abang sebab ini adalah kali ke 13 orang cakap muka kami ada iras-iras. Huhu.

Ok. Sekadar itu sahaja. Abang harap kita tidak berbangga dengan kisah dan usaha kita hari ni untuk agama. Yang penting teruskan perjuangan agama tanpa mengira apa pun status atau bidang yang kau ceburi. Selagi ia ada saham untuk agama, jangan pernah berhenti.

Terima kasih sebab sudi baca kisah ini sampai habis. Terakhir abang minta, mari kita aminkan. Semoga anak-anak orang asli pada waktu ini mampu menjadi orang yang boleh menyebarkan pula manfaat agama ini kepada masyarakatnya di masa hadapan.

Arif Sukri
Yang nak minta maaf sebab tak dapat balas mesej kau”.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *