Home » Citra Yadim » Perkongsian asas Fardu Ain bersama pelajar kejururawatan

Perkongsian asas Fardu Ain bersama pelajar kejururawatan

KOTA BHARU 26 Mei – Felo Muda Dakwah hari ini mengadakan program perkongsian ilmu asas Fardhu Ain bersama kira-kira100 peserta terdiri daripada pelajar Kolej Jururawat KPTM Kota Bharu.

Dalam program itu, latihan dalam kumpulan (LDK) merupakan aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung bagi membolehkan FMD dapat memberikan fokus kepada setiap peserta program dan seterusnya memberikan satu kefahaman yang terperinci kepada semua peserta.

Adalah diharapkan dengan pendekatan yang dilakukan ini memberikan banyak manfaat kepada semua peserta dalam memahami dengan yakin setiap ibadah yang dilakukan sehari-harian.

Program ini adalah sebahagian daripada program Kembara Kasih Kelantan yang diadakan oleh FMD selama 14 hari, bermula 21 Mei hingga 4 Jun 2016.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada latihan yang diberikan kepada FMD siri 1 2016 melibatkan seramai 24 FMD yang bertujuan mendedahkan kepada mereka terhadap realiti hidup masyarakat tempatan serta dalam masa yang sama belajar bagaimana menguruskan sesuatu program itu dengan berkesan.

Program ini sekaligus memberi pendedahan kepada Felo Muda Dakwah dakwah lapangan yang memerlukan kemahiran komunikasi dan kefahaman kepada kehidupan masyarakat.

Hal berkenaan adalah satu aspek yang penting dalam dakwah kerana melalui pendekatan berkenaan mereka akan dapat mendekati masyarakat serta menyelami isu-isu dan masalah yang mereka hadapi yang sekaligus memudahkan kerja-kerja dakwah dilaksanakan.

Sepanjang program berkenaan, para FMD perlu melalui jadual yang padat dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *