Home » Citra Yadim » FMD bertemu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

FMD bertemu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan cenderahati kepada FMD YADIM di Putrajaya pada 12 Julai lalu.

PUTRAJAYA 13 Julai – Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malayasia telah mengadakan majlis perjumpaan bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) pada 12 Julai lalu di Kompleks Islam Putrajaya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan para penyelaras FMD YADIM.

Pertemuan itu diadakan bagi membolehkan para FMD mendengar sendiri amanat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terutama dari segi peranan mereka dalam dakwah islamiah di negara ini.

Program Felo Muda Dakwah (FMD), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dimulakan sejak 2014 dab sehingga kini seramai 107 anak muda telah dilatih menjadi pendakwah yang holistik, moden dan berketrampilan.

Setiap tahun YADIM membuka penyertaan sebanyak tiga pengambilan kepada generasi muda berumur di antara  21 dan 30 tahun.

Melalui program ini, para peserta diberikan menjalani latihan intensif selama tiga bulan merangkumi topik kepemimpinan, komunikasi, kesihatan, penampilan, ekonomi dan undang-undang.

Setelah selesai melalui modul soft skills mereka akan menjalani latihan praktikal yang dinamakan Penempatan Kampung sebelum dihantar untuk bersama dengan komuniti dalam Program Bersama YB.

Tahun ini YADIM sekali lagi membuka peluang kepada anak-anak muda untuk untuk menyertai FMD.

Jika anda berbakat dalam penulisan, boleh berkomunikasi dengan baik, mempunyai latar belakang agama dan lulusan sarjana muda, anda mungkin orang yang kami cari.

Kepada yang berminat untuk menjadi FMD YADIM, sila hantarkan profil atau resume anda  dalam Bahasa Melayu kepada mohd.khamis@yadim.com.my untuk pengambilan Felo Muda Dakwah batch 8 Siri 2/2017.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelaras FMD YADIM, Izati Samsudin melalui talian 014-5307270.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *