Home » Langit Terbuka » Kerajaan perkenal skim subsidi bil elektrik untuk miskin tegar

Kerajaan perkenal skim subsidi bil elektrik untuk miskin tegar

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar berkata, mereka yang menerima skim itu mestilah berdaftar di bawah program e-Kasih

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan skim subsidi bil elektrik kepada golongan miskin tegar dalam tempoh beberapa minggu lagi, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, mereka yang menerima skim ini mestilah berdaftar di bawah program e-Kasih, sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional.

“Kita akan perkenalkan skim ini kepada golongan yang benar-benar miskin tegar daripada 179,000 yang berdaftar dengan program e-Kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘Reimaging Utility Of The Future di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya, perincian mengenai pelaksanaan perkara itu akan diumum kerajaan dalam masa terdekat.-Ismaweb

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *