Home » Langit Terbuka » MAIWP agih bantuan zakat di lima kawasan parlimen

MAIWP agih bantuan zakat di lima kawasan parlimen

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR (tiga dari kanan) ketika melepaskan konvoi Kembara Zakat Wilayah Persekutuan 2018 di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 4 Mac – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus melaksanakan amanah pengagihan zakat kepada golongan memerlukan menerusi Kembara Zakat Wilayah Persekutuan 2018 di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Paimuzi Yahya berkata, kembara itu bergerak ke lima lokasi Parlimen di ibu negara iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa dan Bandar Tun Razak sebelum berakhir di Lembah Pantai.

“Pada program itu, MAIWP menyampaikan peruntukan bagi tahun 2018 untuk beberapa kategori bantuan zakat Baitulmal iaitu bantuan kewangan bulanan sebanyak RM86.86 juta, bantuan perubatan (RM23.84 juta) dan bantuan pendidikan (RM86.94 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program yang disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Konvoi Kembara Zakat Wilayah Persekutuan yang dilepaskan Tengku Adnan itu disertai kenderaan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP iaitu Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi diiringi motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab MAIWP Bikers. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *