Home » Langit Terbuka » MAIWP akan serah RM3j kepada Pusat Katarak

MAIWP akan serah RM3j kepada Pusat Katarak

KUALA LUMPUR : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) akan menyerahkan peruntukkan tambahan RM3 juta kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- Hospital Selayang, esok.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Paimuzi Yahya, berkata penyerahan seperti yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, akan dilaksanakan selepas mesyuarat bersama pusat pembedahan berkenaan.

Beliau berkata peruntukkan tambahan berkenaan adalah bentuk sumbangan zakat daripada dana zakat yang diterima daripada pembayar zakat khususnya, di Wilayah Persekutuan.

“Kita sudah berbincang dengan Pusat Katarak untuk mengetahui apa keperluan tambahan sebanyak RM3 juta itu. Alhamdulillah kita sudah dapat maklumat yang diperlukan.

“Esok kita akan bermesyuarat untuk meluluskan peruntukan tambahan itu. Kita akan salurkan salurkan terus selepas mesyuarat selesai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kembara Zakat Wilayah Persekutuan 2018, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada 9 Februari lalu, Najib melawat Pusat Pembedahan Katarak yang memulakan operasi sejak 16 Jan 2013, mengarahkan MAIWP memberikan peruntukkan tambahan bagi meningkatkan kemudahan di pusat berkenaan dalam usaha membantu rakyat, terutama golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, Kembara MAIWP akan bergerak mengadakan program bersama penduduk setempat dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di lima kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

MAIWP akan menyerahkan tiga bantuan ketika kembara berkenaan membabitkan Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM86.86 juta dan Bantuan Perubatan berjumlah RM23.84 juta, dalam tiga bentuk iaitu Bantuan PerubatanAm bagi tujuan pembedahan dan ubatan, Bantuan Peralatan Kesihatan dan Bantuan Hemodialisis.

Bantuan ketiga adalah Bantuan Pendidikan membabitkan sembilan skim bantuan dari peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi berjumlah RM86.94 juta. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *