Home » Citra Yadim » Membawa Masjid Kepada Orang Ramai

Membawa Masjid Kepada Orang Ramai

KOTA KINABALU – Sebagai usaha mempelbagaikan bentuk dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah secara bersama melaksanakan program berkonsepkan “Membawa Masjid Kepada Orang Ramai”.

Program yang “out of the box” secara bergotong royong ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Jamal Tun DSP Dr. Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Turut sama menganjurkan program ini ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti membersihkan kawasan luar masjid, memotong dan mengindahkan pokok, menanam bunga dan pokok kurma serta mengecat bahu jalan kawasan tempat letak kereta.

Menerusi program ini, adalah diharapkan dapat mendekatkan lagi masjid kepada orang ramai, yang akhirnya akan menarik lebih ramai anggota masyarakat mengimarahkan masjid.

Mewakili YADIM untuk program yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *