Home » Citra Yadim » Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018

Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018

KUALA LUMPUR – Dewan Pendidikan, Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018.

Program pada 17 Disember (Isnin) di  Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM itu juga merupakan sinergi bersama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia, Persatuan Alumni Fakulti Pengajian Islam UKM serta Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Dengan tema ‘Peranan Ilmuwan Usuluddin Dalam Memperkasa Perpaduan Negara dan Pembangunan Ummah’, ia akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Program ini adalah bertujuan membincangkan peranan ilmuan Usuluddin dalam menjayakan perpaduan negara dan pembangunan ummah serta merancang pembangunan bidang ilmuan Usuluddin secara menyeluruh pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, ia turut berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dan persefahaman ilmuwan Usuluddin seluruh negara dalam sebuah wadah ilmiah yang tersusun dan terancang.

Menurut sekretariat program, seramai 250 orang dijangka menyertainya dengan tumpuan kepada para pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Walau bagaimanapun, ia juga adalah dibuka penyertaannya kepada 50 orang awam yang terawal dan mereka yang berminat menyertainya boleh menghubungi talian 014 – 640 7843 (Muhammad Arif Yahya).

Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018 turut mendapat kerjasama Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, Islamic & Strategic Studies Institutes serta beberapa universiti dan agensi kerajaan yang lain.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *