Home » Citra Yadim » YADIM jalin kerjasama dengan MEDICOM

YADIM jalin kerjasama dengan MEDICOM

YADIM dan MEDICOM pada dasarnya telah mencapai persetujuan untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan dan kebajikan melalui hubungan kerjasama ini

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia bakal melebarkan ruang lingkup khidmat dakwahnya apabila kini bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO), MEDICOM.

Diketuai oleh Pengarah Bahagian NGO, Ustaz Khairul Fuad Samsuddin , YADIM melakukan kunjungan hormat ke pejabat MEDICOM di Presint 15 di sini, hari ini (8 Ogos 2018).

MEDICOM adalah sebuah NGO yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan , perubatan dan kebajikan .

Ia sekaligus bersesuaian dengan kehendak dakwah YADIM yang mempelbagaikan kaedah ianya dilaksanakan.

Turut hadir mewakili YADIM ialah Ustaz Ahmad Shukri Abd Majid, Ustaz Sabir Abdul Ghani dan Ustaz Wan Afif Wan Daud.Dalam pertemuan hari ni, pihak Medicom Malaysia pula diwakili oleh Tuan Baharuddin Bin Roz selaku Pengerusi, Tuan Zamri Abdul Ghani ( Ketua Pegawai Eksekutif) dan Tuan Abdul Razak bin Mohamed (Setiausaha).

Dalam pada itu, Ahmad Syukri Abd Majid berkata, YADIM dan MEDICOM pada dasarnya telah mencapai persetujuan untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan dan kebajikan melalui hubungan kerjasama ini.

“Beberapa perkara akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi seperti bentuk aktiviti dan penyelarasan program selepas ini,”katanya lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *