Home » Langit Terbuka » Tiada halangan pakaian pramugari ikut syariah Islam

Tiada halangan pakaian pramugari ikut syariah Islam

Syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam asalkan ia mampu menjalankan tugas semasa pengungsian kecemasan dalam tempoh yang ditetapkan oleh CAAM dan International Civil Aviation Organisation, kata Timbalan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan boleh menetapkan pakaian pramugari yang menepati kehendak syariah Islam selagi ia mematuhi kriteria yang ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata antara keperluan bagi memperoleh sijil keselamatan ialah pakaian seragam yang dipakai oleh pramugara dan pramugari boleh menjalankan tugas-tugas keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam asalkan ia mampu menjalankan tugas semasa pengungsian kecemasan (emergency evacuation) dalam tempoh yang ditetapkan oleh CAAM dan International Civil Aviation Organisation (ICAO).

“Keputusan komersial syarikat penerbangan itu berdasarkan kesesuaian dan imej korporat masing-masing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin tahu mengenai pakaian pramugari MAS yang sesuai dengan imej Malaysia yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi serta aspek pelanggaran syariah yang dikenal pasti.

 

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1630163

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *