Home » Langit Terbuka » 1.4 juta pelajar Palestin kembali bersekolah

1.4 juta pelajar Palestin kembali bersekolah

Gambar Hiasan - Foto Arkib

RAMALLAH – Kira-kira 1.4 juta pelajar Palestin memulakan sesi persekolahan baharu bagi tahun ini di 3,222 buah sekolah seluruh negara itu ketika kebimbangan mendalam mengenai masa depan pendidikan di negara tersebut.

Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh yang membuat lawatan ke salah sebuah sekolah di Ramallah, mengucapkan tahniah kepada pelajar yang kembali bersekolah selepas cuti musim panas.

“Hari pertama di tahun baharu 2022 adalah hari yang luar biasa, hampir 1.4 juta mendaftar di semua sekolah termasuk Baitulmaqdis, serta sekolah-sekolah Romania, Turki, Qatar dan beberapa kawasan diaspora Palestin,” katanya ketika menyampai ucapan di Sekolah Abu Qash, semalam.

Katanya lagi, Kementerian Pendidikan telah membuka 20 buah sekolah baharu di seluruh Palestin dan berjaya mengagihkan 10 juta buku teks di semua peringkat pelajar.

Selain itu, pemasangan solar juga berjaya dipasang di 120 buah sekolah seluruh Palestin untuk menjana elektrik.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan memaklumkan 1.4 juta pelajar memulakan sesi persekolahan baharu di Timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diagihkan kepada 2,333 sekolah kerajaan manakala 375 sekolah dikendali oleh Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (URNWA).

Bagaimanapun keadaan sekolah di Timur Baitulmaqdis masih kekal berada keadaan tidak terurus berikutan pentadbiran negara haram mengancam menarik balik lesen mereka dan memaksa untuk mengajar kurikulum Israel dan bukannya Palestin.

Malah, Zionis juga telah membuat tapisan terhadap buku teks Palestin, mengalihkan muka surat dan menukar teks.

Ia khususnya mengenai topik yang berkaitan dengan sejarah dan geografi Palestin dan Baitulmaqdis khususnya, serta menukar ayat-ayat al-Quran, kitab suci umat Islam. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *