Home » Langit Terbuka » Umat Islam diseru bersatu, bebaskan minda daripada terus dijajah

Umat Islam diseru bersatu, bebaskan minda daripada terus dijajah

Majlis Munajat Merdeka dan Maal Hijrah yang diadadakan di Malakat Mall malam tadi. - Foto Malakat Tribune

CYBERJAYA – Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Ustaz Masridzi Sat, menyeru umat Islam di negara ini untuk bersatu dan tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang cuba dibawa masuk dari luar.

Menurutnya, kuatnya penjajah adalah bukan kerana penjajah itu kuat tapi kuatnya mereka adalah disebabkan adanya pengkhianat dan pembelot dalam bangsa sendiri.

“Sebab itulah negara kita djajah tetapi ada pembelot dan pengkhianat dalam kalangan orang-orang kita sendiri.

“Inilah mereka yang berwajah Melayu tetapi hatinya Inggeris, hatinya terjajah ini yang menyebabkan negara kucar kacir,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Munajat Merdeka dan Maal Hijrah yang diadadakan di Malakat Mall di sini, malam tadi.

Turut hadir dalam majlis yang sama Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, para tuan guru serta ratusan pelajar pondok dari pelbagai negeri.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Penasihat Syariah Malakat Eco, berkata, wajar untuk kita mengingati pejuang yang berjuang menegakkan Islam menentang penjajah suatu ketika dahulu.

“Ini semua adalah orang orang yang telah melakukan amal dengan sihat mereka untuk diingati oleh anak cucu sehingga ke hari ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau juga menegaskan seseorang itu perlu berguru sebagai untuk perjuangan menegakkan Islam dalam bidang apa sekalipun.

“Pahlawan tanpa ulama tiada erti. Sehebat-hebat Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Kota Konstentinopel, ada gurunya, sehebat-hebat Sallahudin Al-Ayubi yang berjaya bebaskan Baitulmuqaddis ada gurunya,”katanya. – Malakat Tribune

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *