Home » Citra Yadim » 10 keluarga terima sumbangan YADIM di Kampung Surau Haji Daud

10 keluarga terima sumbangan YADIM di Kampung Surau Haji Daud

KUALA TERENGGANU – Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ke 9 Jun menyebabkan ramai kalangan asnaf di Kampung Surau Haji Daud di sini memerlukan perhatian untuk membantu keadaan mereka.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 13 Mei telah turun padang bagi menyampaikan sedikit sumbangan untuk 10 buah keluarga yang memerlukan di sini.

Kesemua mereka yang merupakan daripada golongan asnaf terputus pendapatan sejak PKP dilaksanakan, menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Sumbangan dilaksanakan dengan kerjasama Imam masjid kampung berkenaan, Ustaz Afif Husseini Abdul Aziz.

Antara yang disantuni termasuklah dua keluarga yang masing masing tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat, namun tidak memiliki sebarang perabot di kediaman mereka.

***

Semakin ramai menerima kesan akibat musibah Covid-19 yang melanda negara. Mari bantu kami untuk membantu mereka.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Tabung YADIM Peduli Covid-19 menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan potongan cukai.

#stayathome #dudukrumah

#hapuskancovid19

#yadimpeduli #kamiprihatin

#fastabiqulkhairat

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *