Home » Citra Yadim » Sumbangan Musa’adah di Tanjung Dawai, Baling

Sumbangan Musa’adah di Tanjung Dawai, Baling

TANJUNG DAWAI – Hari kedua (14 Mei) fasa kedua Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menyaksikan program berkenaan menyantuni komuniti nelayan di kawasan ini.

Sebanyak 20 pek sumbangan diserahkan kepada golongan asnaf di kawasan ini yang telah dikenal pasti, dari dua perkampungan iaitu Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial.

Kesemua yang disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Program di sini yang diadakan di Jeti Tanjung Dawai mendapat kerjasama Persatuan Nelayan Tanjung Dawai serta badan bukan kerajaan di sini. Hadir sama ialah Ketua Komuniti Persatuan Nelayan Tanjung Dawai, Salimat Ariffin.

Turut disantuni di sini ialah anggota polis di Balai Tanjung Dawai, menerusi pemberian buah kurma, penutup hidung dan mulut, pembasmi kuman, air minuman dan makanan kepada mereka.

Selesai program di Tanjung Dawai, YADIM Kedah menyantuni pula 20 keluarga anak yatim,pesakit kronik dan ibu tunggal di Kampung Bok Bak dan Kampung Iboi di Baling.

Dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah Baling dan Pejabat Perpaduan Negara Dan Intergrasi Daerah Baling dan Sik yang membantu mengenal pasti asnaf yang memerlukan, para pnerima juga diberikan sumbangan barangan keperluan harian.

Hadir sama dalam program di Baling ialah Pengarah YADIM Kedah, Hafsah Husain.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *