Home » Langit Terbuka » 10 maut, 73 Cedera Kereta Api Tergelincir di Turki

10 maut, 73 Cedera Kereta Api Tergelincir di Turki

Kereta api tergelincir daripada landasan di barat laut Turki sehari selepas hujan lebat dan satu tanah runtuh

ISTANBUL – Seramai 10 orang terbunuh sementara 73 mangsa lain cedera, selepas sebuah kereta api tergelincir daripada landasan di barat laut Turki, semalam sehari selepas hujan lebat dan satu tanah runtuh, kata televisyen Turki memetik pegawai Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan kementerian itu, lima gerabak kereta api yang membawa 362 penumpang terbabit tergelincir, ketika sedang menuju ke Istanbul. Beberapa imej televisyen menunjukkan beberapa gerabak terbalik dan pasukan kecemasan cuba datang ke lokasi nahas.

Seorang mangsa terselamat yang berjalan di sepanjang landasan untuk keluar dari lokasi nahas memaklumkan stesen televisyen CNN Turk bahawa beliau ternampak 10 mayat.

“Malangnya kita ada mangsa maut dan cedera,” menurut satu kenyataan pejabat Perdana Menteri, ketika memaklumkan berita mengenai kemalangan berpunca daripada insiden tanah runtuh. – REUTERS

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *