Home » Citra Yadim » 100 pemandu lori Pendang disantuni

100 pemandu lori Pendang disantuni

PENDANG – Pemandu lori, seperti golongan lain, turut terkesan dengan Covid-19 yang masih belum benar benar pulih di negara ini.

Justeru, bagi menyantuni golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Oktober telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada seramai 100 para pemandu ini.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Yang Berhormat Dato’ Suraya Yaacob di Tapak Pekan Nat di sini.

Beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YADIM menyantuni para pemandu berkenaan dan berharap kerjasama antara YADIM dan pihaknya berkekalan.

YADIM Kedah sebelum ini juga telah menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi dan e hailing di negeri ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *