Home » Citra Yadim » Saya ada partner baru!

Saya ada partner baru!

KUCHING – “Kita ada bina beberapa masjid baharu.

“Dan memang mahu libatkan lebih ramai golongan muda dalam program di sini.

“Kita alu alukan kedatangan YADIM untuk turun adakan program di sini, jadi hari ini saya ada partner (rakan) baru di Semariang,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang, Yang Berhormat Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeeda Syed Aman Ghazali.

Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeeda berkata demikian dalam majlis Musa’adah YADIM di Masjid Ghazali di sini pada 23 Oktober.

Ceria dengan kedatangan badan dakwah ini,  beliau berhasrat melibatkan YADIM dengan pelbagai program keagamaan di kawasannya.

Beliau percaya, kerjasama aktif dengan YADIM akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad, yang menyampaikan sumbangan kepada 61 asnaf di kawasan ini.

Beliau turut mengadakan simbolik pelepasan P Hailing yang akan bekerjasama dengan YADIM Sarawak menyantuni golongan yang memerlukan di sini selepas ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *