Home » Citra Yadim » 100 set barangan keperluan harian untuk Muara Tuang

100 set barangan keperluan harian untuk Muara Tuang

SAMARAHAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 27 Mac telah bekerjasama dengan Markas Operasi Ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang bagi menyantuni mereka yang memerlukan di kawasan tersebut.

Sebanyak 100 set barangan keperluan harian disampaikan kepada pusat tersebut untuk mereka mengagihkannya kepada penduduk yang dikenalpasti, terutamanya yang terjejas dengan Covid-19 menerusi program Musa’adah 2.0.

Pengarah YADIM Sarawak, Mahadi Awang telah menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang, Yang Berhormat Dato Haji Idris Haji Buang.

Awang Dulhadi dalam ucapannya berkata, YADIM komited untuk bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah kepada penduduk di kawasan Muara Tuang.

Tambahnya, Musa’adah Covid19 ini dilaksanakan oleh YADIM di seluruh negara sebagai menyambut hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama) untuk membantu meringankan beban rakyat.

Dalam reaksinya, Dato Haji Idris mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ditunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YADIM atas sumbangan yang disampaikan kepada pihaknya.





Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *