Home » Langit Terbuka » 10,000 aduan hina Islam dalam tempoh seminggu

10,000 aduan hina Islam dalam tempoh seminggu

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jumlah aduan direkodkan oleh Unit Pemantauan Isu Hina Islam yang ditubuhkan sejak seminggu lalu adalah besar dan membimbangkan. - Foto Malaysia Gazette

SEREMBAN – Sebanyak 10,000 aduan berhubung penghinaan terhadap agama Islam diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh seminggu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jumlah aduan direkodkan oleh Unit Pemantauan Isu Hina Islam yang ditubuhkan sejak seminggu lalu adalah besar dan membimbangkan.

Katanya, setiap aduan ditapis dan diteliti bagi memastikan ia benar-benar bertujuan menghina atau provokasi oleh individu yang berselindung di sebalik akaun laman sosial palsu.

“Jumlah aduan yang besar ini seolah-olah menunjukkan perbuatan itu semakin menjadi-jadi. Ini adalah hasil jurang agama dan bangsa yang semakin membesar di negara ini.

“Budaya menghina agama ini tidak baik untuk membina negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sepatutnya kita merapatkan jurang dan kita kesal dengan budaya ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Prapelancaran Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, budaya menghina Islam berlaku ekoran pendekatan sesetengah ahli politik pembangkang terhadap penganut agama lain.

“Mereka dilihat terlalu ekstrem dan kadang-kadang menghukum orang bukan Islam dan ini menyebabkan tindak balas. Ini perkara yang tidak sihat,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan mengamalkan pendekatan mendidik dan bukannya menghukum supaya Islam tidak dipandang rendah oleh penganut agama lain.

“Sebab itu kerajaan mahu menghantar mesej bahawa budaya menghina agama ini tidak boleh menular di Malaysia. Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan dan kita mahu mereka berasa selamat di negara ini. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *