Home » Citra Yadim » 1,200 orang hadir Munajat Perdana

1,200 orang hadir Munajat Perdana

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seramai 1,200 orang hadir dalam program Munajat Perdana anjuran Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diadakan pada 20 November di Masjid Khalid Al Walid, Kuala Lumpur.

Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Syukri Abdul Majid berkata, program berkenaan dirangka sebagai sebahagian daripada usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menyokong usaha memperkasakan mahkamah syariah di negar aini.

“Program ini adalah bagi menyokong usaha para umara dalam memperkasakan institusi perundangan mahkamah syariah serta mensyiarkan izzah masyarakat muslim dalam menyokong usaha baik di peringkat kenegaraan serta mengimbangi usaha lahiriah dan usaha rohaniah dalam membangunkan perjuangan,’’ katanya.

Beliau berkata, program yang bermula sejak 4 petang itu telah diisi dengan pelbagai pengisian termasuk alunan munajat yang merupakan acara penutup pada sebelah malam.

“Program bermula dengan sesi ceramah bertajuk `Kepentingan Munajat Dalam Mencorak Masyarakat’ yang disampaikan  oleh penceramah bebas, Ustaz Nadzrie Abbas,’’ katanya.

Menurutnya, program seterusnya disusuli dengan ucapan oleh Yang Dipertua Yadim,  Dr. Yusri Mohamad dan Pengerusi Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya serta taklimat oleh Felo kanan Institut Kajian Strategik Islam malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.

Program Munajat Perdana ini diakhiri dengan zikir munajat yang dipimpin oleh para penasyid terkenal seperti Hazami Inteam, Hasnol Jamal Diwani dan Abu Rawahah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *