Home » Citra Yadim » 123 Orang Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah Sukarelawan Yadim Batu Kurau

123 Orang Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah Sukarelawan Yadim Batu Kurau

BATU KURAU – Seramai 123 orang peserta dari kalangan masyarakat setempat, warga pondok dan penghuni rumah anak-anak yatim telah mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Sukarelawan YADIM Batu Kurau, Perak pada 26 September.

Pembentangan teori dan praktikal kursus tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Taiping, Ustaz Muhammad Azian Mat Isa selama dua jam setengah.

Sesi soal jawab antara peserta dan pembentang telah menghidupkan perbincangan dua hala serta menambah kefahaman peserta.

Hadir sama dalam program ini ialah Penyelaras YADIM Perak, Mohd Zahid Abu Bakar yang turut menyampaikan ucapan penutup.

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *