123 Orang Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah Sukarelawan Yadim Batu Kurau

BATU KURAU – Seramai 123 orang peserta dari kalangan masyarakat setempat, warga pondok dan penghuni rumah anak-anak yatim telah mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Sukarelawan YADIM Batu Kurau, Perak pada 26 September. Pembentangan teori dan praktikal kursus tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Taiping, Ustaz Muhammad Azian Mat […]

Gandingan SAY Kuala Langat, Kuala Selangor santuni masyarakat

SUNGAI BURUNG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat dan SAY Kuala Selangor baru baru ini berganding bahu menyantuni 10 keluarga yang memerlukan di sini. Sumbangan barangan keperluan harian daripada SAY Kuala Langat itu adalah untuk kegunaan khidmat masyarakat di kawasan ini. Kedatangan SAY Kuala Langat diketuai Pengerusinya, Hasmawi Mahidin ke program mesra Aidiladha itu disambut […]

2,300 botol air mineral untuk warga Kuala Berang

HULU TERENGGANU – Cakna dengan situasi warga kawasan ini yang terputus bekalan air, YADIM Terengganu bertindak pantas menghantar bekalan air minuman kepada penduduknya pada 28 Februari.   Sebanyak 2,300 botol air minuman 1.5 liter dan 600 mililiter disampaikan dengan bantuan kumpulan pacuan empat roda Sukarelawan YADIM Terengganu.   Seramai 10 anak muda anggota Sukarelawan YADIM […]

Sumbangan beg sekolah untuk keluarga AJK SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Begitu proaktif turun padang menyantuni warga yang memerlukan, namun pada masa yang sama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak melupakan kebajikan ahli ahlinya. Pada 20 Februari, SAY Kuala Langat menyampaikan sejumlah 15 buah beg sekolah kepada ahlinya yang mempunyai anak ataupun cucu yang masih bersekolah. Beg sumbangan YADIM ini adalah persiapan untuk […]

Ziarah Mahabbah RSY Perlis

PADANG BESAR – Pada 5 Jan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis memulakan usaha dakwah pada tahun 2022  dengan menziarahi keluarga sahabat YADIM yang  memerlukan bantuan dan dihidapi sakit kronik.   Ziarah Mahabbah dilaksanakan dengan dihadiri Sukarelawan YADIM (SAY) dan Rakan  Siswa YADIM (SAY).  Sumbangan berbentuk makanan asas dan alatan kebersihan diri disampaikan oleh wakil YADIM […]

SAY tolong Pak Long.

JELEBU – Kampung Seri Juntai, Simpang Durian di sini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni mangsa banjir oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kali ini mereka membersihkan kediaman seorang penduduk yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long di kampung tersebut. 30 Sukarelawan YADIM bertolak dari Ibu pejabat YADIM sebelum memulakan kerja kerja pembersihan selama empat jam […]

Johor terus tambah sukarelawan bantu mangsa banjir

HULU LANGAT – Prihatin, cakna dan penuh semangat kesukarelawanan.  Mungkin itu boleh disimpulkan untuk Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) dari Johor yang terlibat dengan aktiviti aktiviti membantu mangsa banjir di sini. Tak cukup dengan mereka yang sudah ada di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini, SAY Johor menambah lagi bilangan petugas mereka untuk […]

Penubuhan Sukarelawan YADIM Labuan

LABUAN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) kini melebarkan sayapnya ke pulau ini. Bertempat di Desa Tunas Hijau, Sungai Miri di sini pada 30 April lalu,  penubuhannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Watikah penubuhan pasukan SAY Labuan diterima oleh Ketua Koodinatornya,  Mohd Shafiq Zainol. Hadiri […]

Singgah sahur di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah

KINARUT – Seawal jam 3 pagi pada 1 Mei, ahli pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Berbasikal Taman Kinarut Jaya telah mengadakan persiapan bagi program singgah sahur. Lokasi program ialah di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di sini. Sebanyak 80 bungkus burger disediakan untuk penghuni rumah berkenaan, para petugas serta rakan media […]

SAY Rantau Panjang teruskan santuni asnaf

RANTAU PANJANG – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 20 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Rantau Panjang. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Saji dan Kampung Kuen Merah di sini. Sebanyak lima keluarga asnaf di kawasan ini disantuni mereka. Bantuan berupa barangan keperluan harian […]