Home » Citra Yadim » Konvoi Kembara Bakti Kuala Mengkuang – Ulu Legong

Konvoi Kembara Bakti Kuala Mengkuang – Ulu Legong

PULAU PINAG – YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Itifaqiyyah, Kuala Mengkuang telah mengadakan Program Kembara Bakti Kuala Mengkuang ke Ulu Legong, Kedah pada 25 September.

Program dimulai dengan pelepasan peserta konvoi seramai 83 orang oleh Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Supritendan Tan Kim For.

Setibanya peserta konvoi di Jungle Campsite, program dimulakan dengan Bual Bicara Santai bersama penceramah jemputan, Ustaz Mohammad Azraie Mohammad Yunus yang lebih dikenali sebagai PU Azraie. Peserta juga bersama sama membersihkan sekitar sungai di lokasi program diadakan.

Hadir bersama dalam program ini Pengerusi Masjid Itifaqiyyah Kuala Mengkuang, Tuan Haji Bakar Haji Said dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Haji Ruslan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *