Home » Citra Yadim » 140 keluarga disantuni SAY Kuala Langat

140 keluarga disantuni SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Menghayati erti kata sukarelawan sebenar. Demikian yang boleh disifatkan kepada pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Walaupun tidak ramai, namun pasukan ini kekal aktif dan konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini. Buktinya, setiap hari sepanjang Ramadan, ada saja aktviti menyantuni mereka yang memerlukan.

Sepanjang Ramadan ini, seramai 140 buah keluarga di daerah ini menerima sumbangan barangan keperluan harian, buah kurma dan sedikit wang tunai daripada mereka.

Mereka yang disantuni terdiri daripada warga emas, mualaf, pesakit kronik, asnaf, orang asli dan ramai lagi.

Terbaharu pada hari terakhir Ramadan (12 Mei) seramai 7 keluarga di sini dan Kampung Medan diziarahi dan menerima sumbangan daripada SAY Kuala Langat.

Sumbangan pada 12 Mei ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahki jawatankuasanya yang turut turun padang.

Tahniah SAY Kuala Langat. Semoga kekal aktif di jalan dakwah.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *