Home » Kenyataan Media » KENYATAAN MEDIA MENGUTUK KERAS TINDAKAN PENGECUT ISRAEL MENYERANG PENDUDUK PALESTIN

KENYATAAN MEDIA MENGUTUK KERAS TINDAKAN PENGECUT ISRAEL MENYERANG PENDUDUK PALESTIN

Tindakan Israel menceroboh hingga mencederakan warga Palestin yang sedang beribadat pada hari hari terakhir Ramadan tahun ini menunjukkan sikap pengecut sebenar mereka kerana terang terangan para jemaah di Masjidil Aqsa ketika itu bukannya ancaman keselamatan untuk mereka.

Israel tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyerang warga Palestin yang sedang beribadat  ketika itu, malah ia sebenarnya boleh dianggap sebagai sekadar satu provokasi semata mata ke atas Palestin.

Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengutuk keras tindakan tersebut yang jelas salah dari segi undang undang serta mencabul hak warga Palestin termasuk wanita dan kanak kanak untuk beribadat.

YADIM juga mengajak semua pihak untuk sama mendesak dan menyeru masyarakat dunia untuk bertindak segera dan bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ini.

Pada masa yang sama, YADIM juga menyokong kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkata, perbuatan zalim Israel  itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah rejim Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

YADIM menyeru orang ramai, khususnya masyarakat Muslim di negara ini untuk sama sama mendoakan keselamatan saudara seagama kita di Palestin agar mereka sentiasa terpelihara daripada tindakan keji rejim zionis Israel.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *