Home » Langit Terbuka » 16 suspek militan IS ditahan di enam negeri

16 suspek militan IS ditahan di enam negeri

BANGI, 9 Okt. – Enam belas suspek militan IS berusia antara 20 hingga 38 tahun ditahan di enam negeri dalam operasi khas pada 21 September hingga 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata 14 daripada yang ditangkap di Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah itu adalah anggota Gagak Hitam iaitu sel militan diketuai Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kumpulan itu telah bersumpah setia kepada Mohamad Wanndy secara dalam talian dan polis percaya mereka juga menghantar dana kepada ketua militan itu.

Beliau berkata, seorang daripada suspek berusia 20 tahun yang juga penuntut sebuah universiti ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang sekembalinya ke Malaysia pada 22 September lalu.

“Dia ke Istanbul pada 7 September tetapi ditangkap oleh pihak berkuasa Turki selepas diberi maklumat oleh Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman. Dia merancang memasuki Syria melalui Turki,” katanya.

Khalid juga berkata, polis turut menahan seorang lelaki dari Afrika Utara yang dipercayai anggota Jahbat Al Nusra.

“Kami percaya dia menyelinap masuk ke Malaysia pada Mei. Dia terlibat dalam pemalsuan dokumen kepada kumpulan pengganas,” katanya.

ISMAWEB

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *