Home » Langit Terbuka » Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am Pas

Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am Pas

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Hashim Jasin dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, hari ini.

Pelantikan itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas dalam satu mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Agung Pas di sini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.

“Walaupun Datuk Ahmad layak untuk memegang jawatan Mursyidul Am Pas, disebabkan sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am.

“Datuk Ahmad sen­diri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya seperti dipetik dalam laporan satu portal berita hari ini.

Jelasnya, pelantikan itu dilakukan kerana beliau berpengalaman dalam Majlis Syura.

“Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh.

“Atas faktor itulah Ha­shim Jasin dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura sebagai Mursyidul Am Pas dan pelantikan itu juga dicadangkan sendiri oleh Datuk Ahmad,” ujarnya.

Allahyarham Haron meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat pada 16 September lalu akibat komplikasi jantung.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *