Home » Langit Terbuka » 19 rancangan keganasan digagalkan di Malaysia

19 rancangan keganasan digagalkan di Malaysia

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Foto : https://media.themalaymailonline.com

PUTRAJAYA 7 Jan. – Polis Malaysia dan agensi penguatkuasaan yang lain telah menggagalkan sebanyak 19 rancangan keganasan di negara ini antara 2013 dan 2017, demikian didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini.

Bagi tempoh sama, beliau berkata, sebanyak 369 suspek militan Daesh termasuk 87 warga asing telah ditahan.

Nur Jazlan berkata, serangan grenad di kelab malam Movida di Puchong pada Jun 2016 dianggap sebagai serangan berkaitan Daesh yang pertama di Malaysia, yang merupakan peringatan terhadap realiti keganasan moden itu.

“Syukur ia tidak melibatkan kematian dan pelakunya telah ditahan dan dihukum penjara.

“Konflik yang berlaku beribu batu jauhnya telah mendatangkan masalah yang besar dan nyata terhadap keselamatan di tanah air kita,” katanya semasa menyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *