Home » Langit Terbuka » Liga Arab mahu PBB iktiraf negara Palestin

Liga Arab mahu PBB iktiraf negara Palestin

Menteri-menteri luar Arab dan ketua Liga Arab bergambar sebelum mesyuarat membincangkan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Mesyuarat diadakan di Amman, Jordan. Foto : Petra News Agency/Handout.

AMMAN 7 Jan. – Negara Arab bakal melancarkan usaha diplomatik memujuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.

Enam Menteri Luar negara Arab bertemu di Amman, semalam untuk tindakan susulan mengenai keputusan awal diambil Liga Arab menangani langkah Presiden Donald Trump, pada Disember lalu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Jawatankuasa dianggotai Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Palestin dan diketuai Jordan, dibentuk selepas mesyuarat tergempar blok itu di Kaherah sejurus selepas keputusan Trump menggesa Washington membatalkan tindakan itu.

Ketika itu, Liga Arab berkata, langkah berkenaan akan menyemarakkan keganasan di seluruh rantau itu dan menggambarkan pengumuman Trump sebagai ‘pelanggaran bahaya undang-undang antarabangsa’ yang tidak mempunyai impak perundangan.

Safadi berkata, mencadangkan siri tindakan untuk mesyuarat penuh menteri Liga Arab yang dijangka lewat bulan ini.

“Kami akan berhadapan keputusan itu dengan mendapatkan resolusi PBB, badan antarabangsa, untuk mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya,” kata Safadi. – Reuters

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *