Retorik Surah al-Fatihah: Pembuka Segala Cinta dan Harapan

Oleh AMIZA KHUSYRI YUSOF Kita teruskan perbincangan dengan surah yang diturunkan di Mekah (makkiyah) dan mendapat gelaran sebagai Umm al-Kitab atau Umm al-Qur’an iaitu surah al-Fatihah. Surah yang mendapat gelaran sebagai ‘ibu segala surah’ ini perlu kita baca paling kurang sebanyak 17 kali sehari semalam setiap rakaat ketika solat fardu. Malah surah al-Fatihah termasuk dalam […]

Resepi agar ‘secukup rasa’ dengan nikmat Allah

Oleh DZULHILMAN ROSLAN Siapa yang tidak berasa cemburu melihat sahabat sendiri yang sekuliah dengan kita sewaktu belajar dahulu, tetapi hari ini menjadi pegawai yang bergaji lebih besar daripada kita? Siapa yang tidak cemburu melihat orang lain mempunyai kelebihan dan kebolehan yang lebih daripada kita? Pastinya akan ada sekelumit cemburu dengan kejayaan dan kebahagian yang mereka kecapi […]

Qasidah Burdah

“Wahai Tuhanku, Selawat dan salam sudi Engkau limpahkan, Kepada kekasih-Mu sentiasa selamanya, Sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan, Muhammad itu adalah penghulu dari dua dunia dan dua kelompok (manusia dan jin), Dan ikutan bagi orang Arab dan bukan Arab, Dialah kekasih Allah diharapkan kesyafaatan, Pada setiap hal dari hal kebaikan yang dilakukan, Kemudian reda daripada Abu […]

Program Ziarah Kasih di rumah warga emas

PULAU PINANG 7 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara, telah melaksanakan program Ziarah Kasih ke kompleks warga emas, Darul Hanan di sini, semalam. Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, dalam program itu, Yadim telah mengadakan ceramah agama dan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Darul Hanan yang merupakan golongan warga emas. “Ceramah […]

Dato’ Noor Aziah terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1438

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1438 Kategori Ilmuan peringkat Wilayah Persekutuan. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), adalah salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah […]

At-Taqwa masjid kerajaan terbaik

KUALA TERENGGANU 6 Okt. – De­ngan aktiviti keagamaan berterusan dan tersusun serta penyertaan jemaah yang membanggakan dalam setiap program yang di­sasarkan kepada pelbagai golongan usia, Masjid At-Taqwa, Durian Burung di sini terus diimarahkan. Ia hasil kerjasama yang erat dan padu antara semua jawatankuasa masjid yang diberikan amanah dan menyusun pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan secara […]

Penahanan Fauziah sudah dijangka – suami

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Penahanan Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr. Fauziah Mohd. Hasan oleh rejim Zionis semalam sewaktu mengikuti misi kemanusiaan Women Boat to Gaza (WBG) sememangnya sudah dijangka oleh suaminya. Prof. Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali berkata, kali terakhir beliau berhubung secara terus dengan isterinya itu adalah Sabtu lalu, ketika kapal […]

Terengganu gerakkan 
kempen solat berjemaah

KUALA TERENGGANU 6 Okt. – Ke­rajaan negeri meminta semua jabatan dan agensi di bawahnya menggerakkan kempen solat berjemaah dalam kalangan ka­­­­ki­tangan bagi memupuk kesedaran menyubur sunah dan istiqamah dalam beribadat. Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, usaha itu seiring dengan penekanan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) kerana pegangan agama dapat menghindarkan daripada pengabaian terhadap […]

Pindaan RUU 355 tidak harus dipolemikkan: Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 6 Okt. – Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini tidak harus dipolemikkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, ini adalah masa yang terbaik untuk menaik taraf bidang kuasa mahkamah itu selepas […]

‘Islam penting buat saya’

LONDON 5 Okt. – Sama ada sedar ataupun tidak, Shkodran Mustafi telahpun dipandang sebagai Tony A­dams yang baharu di Arsenal. Pemenang Piala Dunia bernilai 35 juta pound (RM184 juta) itu, dilihat sebagai bayangan Adams yang mana patung legenda itu berdiri megah di perkarangan Emirates. Bekas kapten Gunners tersebut merupakan bintang Arsenal yang cukup dihormati dalam […]