Brunei wajibkan peniaga makanan ada Sijil Halal
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Berkuatkuasa November ini, semua premis makanan di Brunei diwajibkan memiliki Sijil Halal bagi setiap produk yang dijual. Mengikut Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017, semua peniaga dikehendaki memohon Sijil Halal bagi premis makanan atau Permit Halal bagi setiap produk mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang dijalankan. Perkara itu […]
UMMAH: Kebangkitan kuasa ketiga Islam
PUTRAJAYA 26 Julai – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang menghimpunkan lebih daripada 100 NGO Melayu dan Islam mengadakan pertemuan strategik pagi tadi di ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 20 Julai lalu. Dipengerusikan oleh Hj Aminudin Yahya, beliau menyatakan bahawa gabungan ini diperkemaskan dan diperkasakan bagi tujuan menghadapi pelbagai perkara yang pada ketika […]
Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO Islam
PUTRAJAYA 25 Julai – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO-NGO Islam sempena Hari Raya Aidilfitri pada 20 Julai lalu di Kompleks Islam Putrajaya. Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, pada majlis itu seramai 100 orang dari kalangan pimpinan NGO-NGO Islam Malaysia […]
Mencelup jari ke dalam laut
Oleh ABDUL KHALEED RAYYANI “Dunia itu hijau dan manis.” (HR. Muslim no. 7124). Memang, dunia memang selalu menggoda. Dunia selalu kelihatan indah dan menyenangkan. Ia cukup mempesonakan dan memikat hati banyak manusia. Benar, dunia memang penuh kesenangan dan kenikmatan. Namun, dunia juga merupakan gelanggang dugaan dan cubaan bagi manusia. Firman-Nya dari Surah al-Mulk ayat dua […]
Gubal akta kredit patuh syariah
KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan sedang melihat kemungkinan untuk menggubal akta kredit baharu berpandukan kepada sistem syariah Islam yang lebih baik. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sedang dikaji dan akan dibawa ke Parlimen. “Dalam sistem kewangan Islam negara, kita melihat kepada kaedah baharu bagi memastikan akta […]
Sijil pengesahan halal seawal tiga hari
KUALA LUMPUR 25 Julai – Selaras dengan inisiatif dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), proses mendapatkan sijil pengesahan halal Malaysia kini boleh diperoleh seawal tiga hari. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan memahami rintihan dan rayuan pemain industri yang mahukan proses kelulusan sijil disegerakan.Berikutan itu katanya, Jakim melaksanakan empat […]
Kelas percuma semarak rasa cinta terhadap al-Quran
KUALA LUMPUR, 25 Julai – Dalam usaha menyemarakkan rasa cinta umat Islam terhadap kitab suci al-Quran, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di sini mengambil inisiatif menawarkan Kelas Talaqi al-Quran secara percuma. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, ketua pentadbir masjid itu yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek Kuala Lumpur, berkata kelas Talaqi itu dari Isnin hingga […]
Selangor catat kes buang bayi tertinggi
KUALA LUMPUR, 25 Julai – Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi bagi tempoh 2010 hingga 2016 iaitu sebanyak 157 kes daripada 697 keseluruhan. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, negeri lain yang merekodkan kes tertinggi ialah Sabah dan Johor dengan masing-masing 84 kes, […]
Perangi Zionis guna media sosial – YADIM
KUALA TERENGGANU24 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru orang ramai khususnya umat Islam supaya menggunakan media sosial sebagai platform membantu memerangi keganasan rejim Israel terhadap Palestin. Yang Dipertuanya Dr Yusri Mohamad berkata menerusi medium itu, umat Islam dapat membentuk kesatuan yang mampu menyekat isu kezaliman daripada terus berlarutan terhadap penduduk Palestin. “Kita sedia […]
Manfaatkan media sosial bela nasib umat Islam -Dr. Yusri
KUALA TERNGGANU 24 Julai – Umat Islam di negara ini boleh berperanan menyatakan bantahan terhadap penderitaan umat Islam yang dizalimi di merata ceruk dunia serta sokongan terhadap usaha membela nasib mereka melalui media sosial. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr. Yusri Mohamad berkata, usaha menarik perhatian umum terhadap isu-isu yang melanda umat Islam […]