Home » Langit Terbuka » Gubal akta kredit patuh syariah

Gubal akta kredit patuh syariah

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan sedang melihat kemungkinan untuk menggubal akta kredit baharu berpandukan kepada sistem syariah Islam yang lebih baik.
Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sedang dikaji dan akan dibawa ke Parlimen.

“Dalam sistem kewangan Islam negara, kita melihat kepada kaedah baharu bagi memastikan akta baharu digubal bukan hanya merangkumi jualan kredit tetapi mikrokredit yang diberikan selama ini.

“Kita akan lihat supaya digunakan sistem patuh syariah Islam yang lebih baik. Mungkin kita berikan pilihan kepada bank-bank yang ketika ini gunakan sistem sedemikian rupa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (PasPasir Puteh) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai usaha tertentu untuk mewujudkan peraturan kewangan tanpa unsur riba pada sesi pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun (BN-Kota Tinggi) mengenai langkah melin­dungi peminjam yang dikenakan caj bayaran lewat oleh syarikat pemberi kredit, Hamzah menjelaskan, satu formula pengiraan akan diperkenalkan.

Katanya, pengenalan caj bayaran lewat itu bergantung kepada kadar inflasi dan polisi kewangan semasa caj bayaran yang ditetapkan.

“Melalui pindaan bab 3(B) Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan 2017), menteri mempunyai kuasa tetapkan kadar caj bayaran lewat di bawah Peraturan Bayaran Kredit 2017.

“Sehubungan itu, dalam draf Peraturan-peraturan Perlindu­ngan Pengguna 2017 tersebut, kita cadangkan satu formula pengiraan caj barang lewat yang seragam, berpatutan diperkenalkan,” jelas beliau. – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *