Home » Citra Yadim » Manfaatkan media sosial bela nasib umat Islam -Dr. Yusri

Manfaatkan media sosial bela nasib umat Islam -Dr. Yusri

KUALA TERNGGANU 24 Julai – Umat Islam di negara ini boleh berperanan menyatakan bantahan terhadap penderitaan umat Islam yang dizalimi di merata ceruk dunia serta sokongan terhadap usaha membela nasib mereka melalui media sosial.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr. Yusri Mohamad berkata, usaha menarik perhatian umum terhadap isu-isu yang melanda umat Islam itu lebih wajar ditularkan berbanding kecenderungan terhadap apsek-aspek lain seperti hiburan.

Katanya, mereka boleh menyebarluaskan komentar dengan memberi contoh tentang keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin melalui facebook atau instagram mereka sebagai tanda prihatin terhadap umat Islam lain.

Beliau.berkata demikian selepas merasmikan Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam majlis anjuran YADIM itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Amal Islam Malaysia (MAIM) Terengganu, Mustaffa Said bersama kira-kira 500 orang jemputan.

Menurut Dr Yusri, untuk menangani isu berkenaan yang tidak berkesudahan, umat Islam perlu membina kekuatan asas bagi menangani secara bersama.

“Kalau kita tidak ada kekuatan sebenar membina asas, bermakna kita tidak serius untuk menyelesaikan isu Palestin dan bukan sekadar kempen dan boikot sahaja,’katanya.

Mengulas mengenai program hari ini beliau berkata, selain merapatkan hubungan dan memperkukuhkan rangkaian, mereka turut membincangkan beberapa isu semasa dan membina gerakan NGO Islam.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *