Home » Langit Terbuka » Brunei wajibkan peniaga makanan ada Sijil Halal

Brunei wajibkan peniaga makanan ada Sijil Halal

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Berkuatkuasa November ini, semua premis makanan di Brunei diwajibkan memiliki Sijil Halal bagi setiap produk yang dijual.

Mengikut Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017, semua peniaga dikehendaki memohon Sijil Halal bagi premis makanan atau Permit Halal bagi setiap produk mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei dengan menegaskan mana-mana individu yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda maksimum B$8,000 (kira-kira RM25,152) dan penjara hingga dua tahun selepas perintah berkenaan dikuatkuasa.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, bagi premis yang mahu menjual makanan haram tetapi kepada pelanggan bukan Islam, pemiliknya perlu terlebih dahulu mendapatkan surat pengecualian khas daripada Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Premis terbabit turut wajib memasang notis makluman di pintu masuk bahawa mereka menjual makanan tidak halal untuk pengguna bukan agama Islam sahaja, dan melarang keras kemasukan pelanggan muslim menikmati juadah di situ.

Selain itu, perniagaan yang menyediakan makanan untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit atau untuk dieksport juga dikehendaki memohon bagi mendapatkan Permit Halal bagi setiap jenis produk yang dihasilkan.– Agensi

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *